Thursday

Ofis

HQ ofis gua da pindah dari Fort Washington ke Singapore.jadi boss gua ni memang rajin turun naik singapore.bila boss gua takda, team gua jadi pesta.masing-masing on laptop, on desktop serentak.satu untuk movie.satu untuk facebook.memang aktif team gua ni.cekap.satu hari kalo buat betul-betul, bole complete sume trilogi lord of the ring.itu bab movie, bab makan lagi la pesta.bila boss takde, team gua akan order apa-apa makanan yang bole dihantar keofis sebab malas nak keluar.kalo keluar nanti buang masa.baik order in bole lepak habiskan movie.power betul pegangan hidup gua dan teammate gua kat sini.memang cekap.tapi hari ni, boss gua da balik.jangan cakap facebook, laptop pun masing-masing malas nak on.tapi bila lunch semua keluar.balik ofis lepas lunch pun sebab tak nak nampak biadap da keluar lebih 2 jam.

jersey

baru baru ni sempena black friday, gua ada beli jersey online dari utd direct.sebabgai peminat yang tulen, gua memang membeli jersey juga yang tulen kerana gua percaya, duit gua beli jersey tu la sir alex guna belanja budak-budak man u pegi lepak mamak minum teh sambil borak pasal politik dan artis tempatan UK. takpa. lagipun masa black friday aritu ada sale so gua pun order.selalu gua beli jersey mesti gua akan order badge sekali.tak kira la badge EPL ke badge UCL ke, tapi jersey gua wajib ada badge.tapi entah kenapa, kali ni gua beli, gua lupa nak include kan badge. masa da dapat jersey baru gua perasan.demm.kecewa gua.

rupanya ada hikmah gua lupa beli badge tu.kalau la ari tu gua beli jersey dengan badge UCL, hari ni mesti gua tengah cari mata pisau cukur nak cabut balik badge tu dan gantikan dengan badge europa.celaka punya man u.main bola macam fakri.

Monday

Harimau

Gua harap lepas sukan sea ni, striker malaysia izzaq tu balik dan muhasabah diri.mungkin ada kerja lain selain main bola yang gua rasa lebih sesuai dengan dia.mungkin bole cuba jadi operator ke, pembuat keyboard ke, pelakon ke tapi bukan bermain bola.gudluck izzaq.

Friday

Anak angkat

Gua cukup rimas kalo gua kat kedai makan, lepas tu ada budak kecik lari-lari dalam kedai tak duduk diam.bila gua jeling kat mak bapak dia, mesti ada satu lagi baby kecik gua saspek baru 2 3 bulan.anak yang da besar sikit dia abaikan.biarkan je budak tu lari-lari.kesian.kecik-kecik da kurang kasih sayang.semalam gua pegi makan nasi lemak.ade budak meja depan gua ni gua rasa kalo lu pakai kan pakaian yang betul dia bole pegang watak anak syaitan.serius gua tengok dia gua rasa macam nak azan kuat-kuat dengan harapan dia insaf.lari-lari jerit-jerit dalam kedai.mak bapak dia buat tak tau je.kadang-kadang siap bole gelak-gelak lagi.gua bengang.budak tu lari lagi.kali ni dia lalu dekat area meja gua.gua senyum kat dia.dia senyum balik. "dik, adik ni anak angkat ke?" gua tanya kat budak tu.gua pastikan suara gua kuat kasi mak bapak dia dengar.lepas tu sampai abis makan gua tengok budak tu nangis kat mak dia dan duduk diam tak lari lari da.tak tau la dia kene marah ke atau pun dia kecewa sebab dia memang anak angkat

Wednesday

Hospital

Semenjak akhir-akhir ni level busy gua jadi luar kawalan.mak gua kurang sihat jadi gua hampir setiap hari berulang melawati-hospital-damansara.penat.setiap hari gua pegi hospital sampai guard hospital tu pun da kenal gua.siap bole borak-borak sembang pasal politik dan gosip artis tempatan.nurse-nurse hospital jangan cakap la.ramai gua perhati cuba main-main mata dengan gua.tapi gua tak endahkan sangat.

Sebab gua ni kerja shift batman, orang tido baru gua masuk ofis.jadi gua dapat teman mak gua setiap hari.malam adik gua pulak punya turn.tapi yang tak bestnya boss gua.sebab mak gua kurang sihat jadi gua terpaksa ambil EL.bukan sengaja pun tapi mak kene bagi priority.kerja jatuh nombor 2.jadi boss gua ni macam tak berapa berkenan dengam kelakuan gua ambil EL ni.dia call gua.mintak proof mak gua masuk hospital.gua senyum.

Esok hari gua pegi ofis, resit parking, surat scan mak gua, keputusan ujian darah, xray, plastik ubat, sume gua fotostat.gua letak atas meja boss gua.semalam gua nak EL lagi sebab mak gua operation.gua sms boss gua "gua EL arini".ringkas dan padat sms gua.selang seminit boss gua reply ."sure no problem.take care".gua senyum.takut la tu gua fotostat benda bukan-bukan lagi.

Sunday

sarapan

bangun pagi kul 9 hari ahad tak sama dengan bangun pagi hari lain.kalo weekdays, jangan harap la gua nak bangun kul 9.memang jarang berlaku.kalo hari raya, bangun pukul 9 itu namanya mintak penampar dari bapak gua.tapi kalo hari ahad, bangun pukul 9 ialah bangun paling syok.sebelum mandi, gua akan turun check ape breakfast dulu.kalo tak ngam dengan selera gua, gua akan mula roger kawan-kwan gua ajak breakfast kat luar.itu memaang rutin hari ahad gua.tapi hari ni lain sikit.gua bangun pukul 9.tapi breakfast tak berapa menjadi.dan hp gua kene bar.gua harap kawan-kawan gua rajin check email dorang.

Saturday

cadar

5 hari lepas cadar katil gua yang da berusia dalam 3 tahun ni mengalami sedikit kecederaan.ada koyakan kecil.memang kecil.ada la dalam besar syiling 50sen.mak gua nampak.dia sound gua "pegi amik benang dengan jarum.jahit kejap".tapi gua pura-pura tak dengar.3 hari lepas.koyakan tu da jadi besar skit.kali ni da jadi besar 4 keping syiling 50sen diletakkan dalam posisi side by side.gua nekad untuk turun mengambil benang dan jarum.tak bole dibiarkan ni.dalam perjalanan gua ke laci untuk mengambil peralatan menjahit, telefon gua berbunyi.kawan gua call ajak minum.perjalanan ke laci berubah jadi perjalanan ke tempat gantung kunci.gua capai kunci kereta,start kereta dan terus menuju ke mamak untuk sesi melepak.semalam gua tido gua rasa sejuk semacam.apahal selimut gua macam da tak berfungsi ni?gua bukak mata.rupanya gua tido tak pakai selimut.gua tido dalam cadar.celaka.esok kena pegi shopping cadar.

Monday

3 hari

masuk hari ni, da 3 hari gua tak dapat tidur lena.da 3 hari jugak makan gua tak menentu.mak gua masak makanan fevret gua pun tak bole go jugak.3 hari ni jugak gua jadi malas.gua malas nak bangun dari katil.gua malas nak keluar rumah.gua malas nak angkat telefon.gua malas nak jumpa masyarakat.da 3 hari.3 hari da gua selsema sebenarnya.

Thursday

ambil

sejak gua kecik lagi, mak gua da ajar gua konsep, "kalo orang punya, kita jangan ambil".dosa.memang gua guna pakai konsep ni.gua memang jenis yang dengar cakap mak.jadi bila gua masuk darjah 1, gua duduk belah belakang dalam kelas.sebab gua rasa gua jahat.jahat selalu mesti kat belakang.cikgu gua masuk kelas.nama dia cikgu fauziah.soalan pertama cikgu fauziah "kamu semua da besar nak jadi apa?".hmmm gua diam.ok gua rasa da besar nanti gua nak jadi doktor.cikgu fauziah mula tanya dengan budak meja pertama."kamu da besar nak jadi apa?" "saya nak jadi polis cikgu" kata budak pakai spek meja pertama."ok kamu pula?"tanya cikgu fauziah ke budak meja kedua."saya mau jadi tauke cikgu.macam saya punya bapak" kata budak cina meja kedua sambil minum air mineral.
masuk meja ketiga, gua jadi marah.sebab budak meja ketiga nak jadi doktor jugak.ahh sudah.mak gua cakap kalo orang punya kita jangan ambil.mamat meja ketiga ni da cop nak jadi doktor.mana bole gua rampas cita-cita dia.gua gabra.ape gua nak jadi ni.ok askar macam best jugak fikir gua.sebab masa tu gua memang hari-hari layan cite p ramlee sarjan hassan.sampai turn kawan sebelah gua.cikgu fauziah tanya "kamu nak jadi apa?" "saya nak jadi askar cikgu" kata budak sebelah gua.celaka.macam tu je dia backstab gua."ok kamu?"cikgu fauziah tanya sambil memandang tepat kearah gua.gua gabra.gua bengang pasal kawan sebelah gua backstab gua.gua tak bole pilih cita-cita dia.nanti mak gua marah."saya nak jadi komunis cikgu" jawab gua yakin sambil memandang tepat kat kawan sebelah gua.

Sunday

teori matematik

Gua dengar cerita malam tadi ahli matematik seluruh dunia telah bersidang di eropah.yang mana tak sempat datang kene guna skype dan ym video call.ramai gak ahli matematik cawangan asia yang kelam kabut mencari webcam, cuba beli tiket kapal terbang last minit.bagus betul semangat ahli matematik ni.tepat jam 8 malam semua pakar ni bersidang.dalam 90 minit lepas tu, kata sepakat berjaya dicapai.teori baru yang sebelum ini hanya teori,ternyata terbukti.mereka melompat gembira sambil bertepuk tangan kerana berjaya membuktikan yang kekuatan blackburn adalah separuh dari kekuatan manutd.manakala kekuatan arsenal pula akan jadi suku bila bertemu blackburn.hahahaha

ketagih

gua punya masalah ketagihan semakin kronik.sebab tu gua tak dapat update blog sebab gua sibuk menagih.sehari kalo tak kena sekali gua akan jadi tak keruan.gua akan mula selongkar dapur, peti sejuk, bawah katil carik.teruk betul ketagihan gua dengan coke sekarang ni.ohh coke ni bukan cocain.tapi gua ketagih coke coca cola.setelah mendapat nasihat dari pakar, kini gua ubah tabiat ketagihan gua tu.gua mula minum air suam pulak.dengan harapan lepas ni gua dapat ketagih air suam pulak.lagipun air suam bole dapat dimana-mana dan kos pun rendah.go gua.

Monday

8-2

Gua tengok kawan-kawan gua yang sokong arsenal akan kurang twit kalau arsenal kalah.nak pulak macam tadi.arsenal kena ratah 8-2 dengan man u.langung sunyi.takda twit langsung.pegi tarawih malam akhir mungkin.tapi dorang akan banyak twit kalo man u kalah.ke dorang ni penyokong man u dalam diam?macam penyokong PR tapi pangkah BN jugak masa pilihan raya?hahaha

Wednesday

Tiket

mak gua pesan kalo baru dapat lesen kereta, belum cukup komfiden, jangan berani drive pegi KL.bahaya.perkara buruk dan aneh pasti berlaku.3 orang manusia ni baru dapat lesen.sticker P kat kereta tu pun masih merah menyala lagi.kalo yang da lama dia mesti pudar sikit.mereka bertiga mempunyai matlamat yang sama pada hari itu; lepak Sungai Wang lepas tu pegi makan nasi ayam.maka 3 orang sahabat ini pun bertolak.memang banyak cabaran.pertama kali drive sendiri masuk KL.kene hon.salah lane.termissed simpang.kene marah dengan driver teksi.hampir terlanggar pejalan kaki.akhirnya setelah berjaya menempuhi cabaran tu semua, 3 orang sahabat ni pun sampai ke pintu masuk parking sungai wang plaza.sambil menarik nafas lega, sahabat A selaku pemandu pun menurunkan tingkap untuk mengambil tiket.slow-slow dia keluarkan tangan.ada 2 butang.satu butang takde tulis ape-ape.lagi satu tulis intercom.sahabat A dengan penuh rasa komfiden tekan butang intercom."tiket please" kata sahabat A dengan penuh yakin.sekian.


*****
nama watak terpaksa dirahsiakan sebab masa benda ni berlaku gua takde pun ditempat kejadian dan 3 orang sahabat tersebut telah bersumpah tidak akan menceritakan perkara ini kepada sesiapa pun.tetapi sahabat C telah tercerita dekat gua.harus la gua kongsi.hahaha
*****

Monday

rambut

Gua rasa last gua trim rambut ialah tahun lepas.sekarang rambut gua da serabai macam maya karin versi pontianak.jadi selepas berbincang dengan pihak keluarga dan teman wanita gua, gua bercadang nak trim rambut sempena raya tahun ni.rambut raya orang cakap.masih mengekalkan tema rambut panjang, tapi mungkin gua nak trim ala-ala urban sikit.baru bole diterima masyarakat semasa.tapi baru-baru ni ada kabar angin kencang mengatakan band heavy metal terhebat alam semesta, metallica akan menjejakkan kaki ke kuala lumpur.terus gua cancel trim rambut.gua rela kelihatan seperti kutu dihari raya dari kelihatan kemas di konsert metallica.ehh berpantun pantun pula.tapi kalo metallica tak jadi datang, mungkin gua akan potong terus rambut gua.mungkin gua akan memilih fesyen justin bieber sebagai tanda protes.

Tuesday

restoran

Gua rasa gua ni simple.gua lagi selesa lepak kat mamak tak pun kat kedai tomyam yang laid back.order air sampai tujuh gelas pun, tujuh-tujuh gelas ada lagi atas meja.bila orang lalu lalang, automatik dia akan tunduk hormat sebab tengok betapa superior gua dengan kawan-kawan gua bole lepak sampai penuh meja dengan air.mudah.tak komplikated macam kat restoran.baru abis minum dia da datang nak refill la nak angkat gelas la.gua nak main kunyah-kunyah ais pun tak sempat.nak duduk kat meja pun kena ada orang escort.pilihan meja lu terhad.kena mengikut arahan tukang escort.celaka.lagi satu gua tak berapa suka lepak kat restoran mahal-mahal ni sebab gua akan jadi tak keruan.mata gua akan sentiasa memerhatikan orang sekeliling.sampai gua rasa orang kat situ pun perasan gua asik pandang dorang.bukan apa, gua selalu tunggu mana tau ada scene awek makan tak reti pakai pisau ke garfu ke abis ayam dia terpelanting ke meja sebelah.ada laki bini gaduh ke lepas tu bini dia amik gelas curah air kat muka laki.gua nak tengok benda ni semua secara live.tapi haram sekali pun tak pernah jadi.celaka lu tv.gua punya la percaya kat lu selama ni.

6.47am

6.47.pagi.tekak gua gatal mintak teh ais.celaka.

Monday

lagu

semalam bapak gua ajak pegi terawih.gua layankan.gua ajak dia naik kereta gua.on the way pegi masjid gua pasang radio.lagu black tounge - yeah yeah yeahs.gua sing along.bapak gua pandang gua satu macam lepas tu geleng-geleng kepala.gua tanya "kenapa daddy?"
"lu ni, da nak masuk 2 minggu puasa.layan la lagu raya pulak.semangat juang nak raya tak kuat langsung" bapak gua sound gua.terus gua tutup radio.perjalanan ke masjid kami senyap.silent treatment kat bapak gua.

Tuesday

karipap

Petang semalam gua pergi bazar ramadhan.memang mencabar minda betul bazar ramadhan sekarang ni.setiap penjuru penuh gerai.sampai nak jalan pun susah.jadi gua kena menggunakan strategi untuk menyelit dan mencelah dengan betul.2 3 kali gak la gua hampir terlanggar akak-akak keje gomen, tapi gua berjaya elak tanpa bersentuh kulit dan membatalkan air sembahyang.ok gua tipu.ade gak la gua langgar.bukan sengaja.tapi tak dapat dielakkan.ok gua bukan nak cerita pasal akak gomen sebenarnye.gua nak cerita pasal karipap.gerai karipap ni kalo gua pegi lambat gua tengok orang beratur panjang sampai da termasuk barisan gerai sebelah.kesian makcik kedai sebelah sebab ingat orang beratur nak beli air tebu dia, rupanya orang beratur untuk beli karipap.kasihan makcik tebu.jadi gua yang mudah ditipu dengan hype sebegini pun beratur jugak.gua beli karipap 3 ringgit dapat la dalam 8 biji.cukup la untuk gua,adik-adik gua dan ibu bapa gua makan masa berbuka nanti gua fikir.masa berbuka tadi gua nyaris-nyaris membaling karipap tadi.saiz dia besar sikit je dari buah kurma.celaka.bulan puasa pun nak berniaga macam yahudi.penat tau tak gua beratur.gua kena makan 4 karipap dia untuk mendapatkan saiz karipap normal.tak kan esok gua nak kena beli karipap sampai 7 ringgit kot?

Monday

panik

Umur gua da 26 tahun.da ada pekerjaan tetap dan sudah mampu memiliki kenderaan sendiri.tapi tiap kali kalo mak gua tanya satu soalan ni,automatik gua kan panik.gua jadi cuak nak jawab.gua tak berani nak buat keputusan.gua biasanya akan diam dan mak gua pulak akan hampa dan meninggalkan gua.tadi lepas hampir setahun, mak gua tanya lagi."esok buka puasa 1st day nak makan nasi tomato ke nasi beriani?mak nak pegi beli barang ni".gua diam.tak bole decide.panik.dua-dua sedap tu dibuat berbuka hari pertama sambil minum air cincau.

Tuesday

Harimau malaya

Hari ahad ari tu gua borak pasal harimau malaya lawan singapura.memang seram game tu.gua sebagai rakyat malaysia tulen memang bersemangat kalo ada pertempuran derby macam ni.kawan gua nama jon yang tak tengok bola pun turut sama terjebak sebab beliau juga seorang rakyat malaysia tulen.rakyat yang akan bersorak untuk harimau malaya.cuma jon ni tak tengok bola.jadi banyak benda dia tak tau.dia cakap kat gua "bengang tul aku tengok singapore dapat 2 penalti semalam".gua diam.gua cuba analisis balik game tu dalam kepala gua.bila pulak singapore dapat penalti semalam?. "mana ada penalti semalam jon.ko biar betul"gua tanya kat jon untuk mendapat kepastian.mana tau dia salah tengok game ke."ala ade la.yang 2 goal dia penalti tu ape.penalti kat luar kotak tu" jawab jon penuh yakin."itu free kick la lahanat" jawab gua didalam hati.

Puasa

Tahun ni gua berazam baru sempena bulan puasa.lu salah.gua bukan berazam nak berpuasa penuh.salah tu.tapi gua akan cuba untuk menepis anasir-anasir luar yang bole mempengaruhi jumlah hari puasa gua.gua cuba.walaupun setan semuanya diikat nanti, tapi kawan-kawan gua masih bebas berkeliaran.umpanan coke ais ade air sejuk menitis ditepi gelas memang selalu menggugat gua.nak pulak kalo ade orang da siap tapaukan nasi mamak kuah lebih,ayam goreng dengan sayur sikit.fuhh.lain macam sedap dia kalo makan time puasa.ooh lupa.azam gua tadi.sempena puasa tahun ni, gua berazam nak kurangkan tido ketika bulan puasa.Gua akan cuba menjadi seorang pemuasa berkaliber tahun ni.gudluck kat gua.

Sunday

Ori?

Tadi gua terserempak dengan satu brader ni.dia dressing macam pengkid.tapi gua yakin dia jantan ori sebab masa gua jeling gua nampak dia ada halkum.apa dressing macam pengkid tengah in ke sekarang ni?Ke halkum add-on memang da ade jual sekarang?

Wednesday

Kecewa

Hari ni gua da kecewakan boss gua.kecewa yg gua rasa susah gua nak tebus balik.gua dapat rasa boss gua da hilang kepercayaan kat gua.haa smpai mcm tu level kecewa boss gua dengan gua hari ni.
Sume salah kawan gua.dia ajak gua turun teman dia hisap rokok.gua akur.lagi pun gua bukan ada kerja sangat.jadi baik gua mengisi masa lapang gua dengan menemani rakan sekerja merokok.masa gua nak turun tu gua selisih dengan boss gua. "are you going downstairs"tanya boss gua dengan english accent yg dibuat-buat."yes boss" jawab gua.padat nak menjawab soalan."can you grab me a can of nescafe latte.will pay you later"pinta boss gua dengan muka penuh mengharap."sure boss.no problem."gua jawab sambil tersenyum.
Turun bawah.borak-borak.kutuk kerajaan.kutuk pembangkang.tengok gambar wardina muda-muda.gua pegi 7e gua terbeli nescafe mocca.gua tak perasan.masa gua bagi kat boss gua muka dia lain sikit.baru gua perasan gua salah beli.gua tau dia kecewa.sebab muka dia macam beruk masa dia minum nescafe mocca tadi.tak biasa minum kata dia.

gangster ke?

semalam ada gua lepak minum dengan kawan-kawan gua.kami semua manusia biasa.makan gaji.tidur diatas katil.minum air guna gelas.dan tidak pernah membunuh orang.
sekali ada geng brader2 ni lepak meja belakang gua.sembang pumpang pumpang.penah pukul budak ni la.penah masuk jel la.penah tikam orang ni la.gua dengar pn agak gerun.nak pandang takut sebab orang tua pesan, dengan orang macam ni jangan buat eye contact.buruk padahnya nanti.
brader ni sembang lagi.die cakap nak pegi langgar satu budak ni pasal budak tu sudah carik pasal dgn budak die.wahhh gua makin gerun.selesai minum gua ajak member gua gerak.duduk situ lama-lama takut tak selamat pulak sebab brader2 tu ada kat belakang gua lagi.
gua bangun.gua pusing belakang.gua jeling kat brader2 tu. brader tu besar sikit je dari miley cyrus.rambut macam adam AF.lagi sorang tu plak muka mcm azwan ali.rambut kaler oren.lepak mamak malam-malam pakai spek itam.terus gua sangsi dengan cite die tadi.

Saturday

tepung tebal

5 6 tahun lepas, adik gua masih kecik.cakap pn x berapa nk betul.masa baru masuk sekolah, dapat surat ada mesyuarat a
agung PIBG, dia sungguh-sungguh suruh bapak gua pergi sebab agung datang.tak pegi takut agung marah.
haha.mudah betul dia kena tipu dengan cikgu dia.cikgu dia pn satu.budak kecik pn nk tipu.

lepas adik gua da pandai membaca.abis sume surat kabar, anjung seri mak gua dia nak baca.bagus.gua suka spirit mcm ni.

satu ari gua folo famili gua pegi makan kat satu foodcourt.gua da target nak mkn ciken cop.
sebab gua rasa ciken cop mahal taim tu dan kalo awek nampak kire cool sebab gua makan ciken cop.
adik gua lak tak leh decide apa dia nak makan.gua sebagai abang yg penyabar gua kena terpaksa layan.
lalu depan satu kedai cina, dia nampak ada misup.dia memang fevret misup.
gua nampak ada logo halal.ada tulis pork free.ok la ni.gua tanya adik gua."mkn misup bole?"
adik gua geleng-geleng pandang gua.dia tak nak.gua tanya "laa lu bukan fevret ke misup, ni kedai ni ade jual ni.ciken cop gua da sejuk da tu"gua cuba provoke adik gua.

"tak nak la kedai tu.dia bagi babi percuma, adik tak makan babi"ujar adik gua slamber.
gua terus pegi duduk makan ciken cop ikut hidung sebagai tanda protes terhadap kebijakkan adik gua.
sesak nafas gak la gua masa tu sebab ciken cop die liat, tepung tebal.

Tuesday

mak gua pesan.jgn isap dadah.

jumaat lepas gua singgah 7e depan opis gua dalam kul 3 pagi camtu. gua tengok brader kat kaunter tu ceria semacam.
macam-macam benda dia tanya gua.kenapa keje malam la, balik kul bape la, rambut da bape lame simpan la.
gua layan kan.sebab malam tu gua rasa nak jadi friendly.
gua amik air nescafe perisa latte.gua bagi dia duit rm10.
borak lagi.tanya gua asal mana.da kawin belum.umah dekat mana.
dia bagi gua balance rm46.20. sah brader ni tengah stim isap batu.

Friday

Kahwin?

Sabtu lepas gua ada 3 jemputan kawin.1 kawan sekolah.1 kawan gefren gua.1 kawan ofis.
Tapi pukul 2 gua masih kat bawah komferter lagi.mana ada orang kawin hujan-hujan ni.minggu ni gua harap wiken tak hujan.gua ada 2 lagi jemputan.gua da penat nak menipu bagi alasan ni.

Monday

Hujan

Semalam gua basuh kereta.beratur depan gua ada dlm 4 kereta.gua tabah tunggu.ari ni mak gua suruh gua pegi tapau roti canai nak buat breakfast.gua bangun pagi dengan tak mandi dan penuh rasa komfiden, gua pegi restoran deen nak tapau.10 minit gua dekat situ gua tengok kete gua da kene 4 serangan tahi burung.gua balik rumah makan roti dengan perasaan marah.

Sunday

Brader

ari jumaat lepas gua tak pegi sembahyang jumaat.gua ngaku.gua pegi setelkan roadtax kete gua, bayar bil mane patut.lepas da setel gua tengok jam memang da tak sempat nak pegi sembahyang.jadi gua nekad nak pegi makan sebelum balik umah tdo sampai petang.

gua jalan nak pegi kete gua yg gua park agak jauh dari bank.sambil jalan gua sempat sms awek gua.tiba-tiba gua terlanggar bahu sorang brader ni.memang gua salah sebab bersms sambil berjalan.brader tu tenung gua.gua dengan muka bersalah, meminta maaf."sori kak, tak perasan tadi.sori ye" gua ucap dengan penuh ikhlas.
brader tadi dengan awek die yang agak hot, tenung gua.tapi gua masih tak takut.
"lu buta ke bro.jalan pandang depan la"brader tadi bersuara garau.tapi gua tau garau die tu dibuat-buat.
"sori ye kak, saya betul tak nampak tadi"gua terus meminta maaf.dalam hati gua da panas.langgar bahu skit je kot.apasal brader ni nak emo lebih?mentang-mentang la ade awek hot.
"sori-sori.tu je la ko tau.da la tak pegi sembahyang jumaat"brader tadi sembur gua.

gua diam.gua senyum.gua tak tau nak jawab ape.sebab brader tu pengkid.

Friday

eksiden

BANGGG!!kereta bapak gua terkedepan sikit akibat dilanggar dari belakang.gua dengan bapak gua meluru keluar dari kereta untuk melihat keroasakan.

"sori encik"kata macha memandu bmw
"u gile ke ikut dekat-dekat?kan da kene"gua sedikit emosi
"sori encik, tapi xde kemek pn.calar skit saja ni"macha memandu bmw cuba mengelak dari kene bayar
"banyak la ko punya x kemek.ni apa"tempik gua sambil menunjukkan kekawasa yg sedikit kemek.
bapak gua ilek je bole siap nyala rokok sambil belek-belek kete die.

"oooo sori encik..mcm tu saya bayar la"ujar macah memandu bmw, akur.
"jangan ikut rapat-rapat la, kan da susah"bapak gua bersuara
"sori encik, saya mengantuk tadi"macha bmw menjawab lembut
"kalo da mengantuk yg ko drive pahal?"tanya gua berang dgn jawapan bodoh dr macha memandu bmw
"saya mau cepat sampai bole tidur.itu pasal saya drive jugak"macha bmw memberi jawapan yg lebih bodoh.

gua senyap....tak tau macam mana nk counter balik jawapan bodo dia.

"ini 200 encik..ini no hp saya.kalo tak cukup encik talipon saja saya.banyak sori ya encik"kata macha memandu bmw sambil menghulurkan wang dan bisnes kad.

"ok"jawab bapak gua ringkas

salam-salam lebih kurang.kitorang pn meneruskan perjalanan.

kat dalam kete bapak gua sound gua.
"nah rm50.pandai ko ye"ulur bapak gua. gua senyum.
"yg kemek kat belakang tu da lame da kene,ade orang langgar time bapak parking. die langgar tadi calar je hehe"bapak gua tersenyum-senyum
gua pun senyum lagi sekali.kehkehkeh.kemek belakang tu gua yg buat dulu tapi bapak gua tak tau.kehkehkeh

Saturday

#team

gua sapot #teamjejai sbb gua rasa dia hebat.muka mcm gampang tp dapat awek mantop-mantop.lepas tu awek mantop-mantop tu gado hari-hari keluar paper.jejai lepak umah baca paper senyum je sambil minum fresh oren.so sebab tu gua rasa gua patut sapot #teamjejai.

masterchef

gua tgk budak-budak junior masterchef ni memang ada potensi.skil suma memang tiptop.kalah tukang masak tomyam kat vichuda tempat gua selalu makan tu.
tengok dalam tv pun gua da bole agak bende yang budak-budak ni masak memang sedap.gua terinspire pulak tengok komitmen budak-budak kecik ni memasak.
abis je junior masterchef, gua secara automatik jadi lapar.gua bangun, pegi dapur, hambar apa pun xda nak makan.gua bukak peti sejuk pintu belah bawah, ada sayur-sayur yg gua tak berapa nak kenal nama tapi dia warna hijau so automatik gua rasa itu sayur,ada ayam da potong, ada bawang.gua senyum.hasil inspirasi dari junior masterchef tadi, gua bawak keluar barang-barang dari peti sejuk.ingat nak try masak.
gua tak tau apa gua nak masak tapi gua yakin bahan utama dia ialah ayam.gua basuh ayam lebih kurang.potong bawang sikit.tuang minyak dalam kuali.gua bukak dapur gas nak kasi panas minyak.celaka.gas da abis.gua terus amik talipon call mcd deliveri.nombor talipon gas gua tak pernah terpikir lak nak save dalam phone.

Friday

Telemarketer

ok selalu bila ada telemarketer call sembang nak bagi diskaun kad la, pakej bercuti la gua mesti tak layan.sembang nak bagi free last-last sruh gua bayar ratus-ratus gak.celaka bagi harapan palsu.ari ni ada sorang telemarketer call.nak bagi gua diskaun kad kononnya."hello encik, saya zaini dari syarikat apa gua tak ingat, saya call ni nak offer encik diskaun kad dari kompeni saya yg encik tak ingat ni"sorang telemarketer nama zaini membuka bicara.
gua cakap elok-elok "sori, gua tak berminat".
"awak, awak bagi saya 5 minit je explain kat awak.lepas tu awak decide la nak ke tak nak" telemarketer tu cuba pujuk hati keras gua.
"gua cakap baik-baik ni gua tak minat.lu nak gua cakap kasar-kasar ke?gua tinggi suara skit lepas tu terus letak phone.
gua senyum.padan muka lu.orang cakap elok-elok tak nak dengar.

tak sampai 5 minit ada sms masuk handphone gua.
"awak jangan la garang sangat.takut saya - zaini"
gua reply balik: "lu penah kene tumbuk kat muka tak zaini?"

celaka lu zaini.lu tu jantan.jadah apa nak sembang awak-awak dengan gua.gua memang kurang berkenan sikit jantan-jantan lembut ni.
nanti naluri nak menumbuk muka orang tu tiba-tiba mencanak.
sampai malam ni haram zaini takda reply msg gua da.takut kene tumbuk ke?kehkehkeh

Monday

nissan bluebird

ye abang nissan bluebird.saya tau kereta abang kuat.sport rim pun sekali pandang da tau ori.hebat.kaya abang ni.rim besar2 pun nak pakai ori.mesti abang ni berkerjaya hebat kan?
kereta pun nampak macam selalu basuh.kilat semacam je.pandai abang jaga kereta ye.
ekjos kat belakang tu saya tengok fuhhh besar gila.gerun.mesti laju kan kete abang ni?.
kagum-kagum.dua tiga kali gak la saya pusing-pusing keliling kereta abang tadi.kagum-kagum.
tapi masalah dia sekarang, apahal abang park kat belakang keta saya ni?saya nak balik cepat ni nak layan piala asia yang abang block keta saya ni pahal?gampang lu abang nissan bluebird.

Saturday

Potong!

"lu bila nk potong rambut ni?"
"nanti gua nk kawen gua potong la pendek"
"bila lu nk kawen?"
"nanti lepas gua potong rambut"
kehkeh..

Thursday

Sedekah

mase gua tgh study uniten dulu, gua selalu makan kat kedai ni name die anugerah.makanan die bole tahan sedap.
waiter yg amik order pun bole tahan solid2.ade sorang waiter tu kawan gua name jimi ni sudah tangkap syok.kehkehkeh.tp yg bestnye makan kat area ni ade ramai sangat datang mintak sedekah.
ade yg jenis bawak file banyak2, tunjuk bukti yg die mintak untuk anak yatim.ade yg buta.ade yg pura-pura buta.ade yg jual tisu.macam-macam jenis ada.

tapi ade satu pakcik ni memang x makan saman.ok lu cacat, lu xde kaki sebelah.gua paham.kawan2 gua pn paham.
die punye ayat mintak sedekah, "nak mintak derma skit nak, pakcik nk beli kaki palsu"."kalo xde xpe nak".
tapi ayat "bile xde xpe"tu ayat tipu je.selagi lu x bagi selagi tu la die duduk tepi meja lu tunggu sampai lu bagi.
da name pun mase tu gua student, bukan banyak sangat duit pun nk main derma2 ni.bukan gua kedekut tp kalo da hari2 gua mkn kat situ, xkan hari2 gua nk derma kat dia?rm1 bole beli teh o suam ok.

masa gua da nak masuk final year, gua dgn kawan2 gua masih makan kat anugerah.makanan masih sedap.waiter pn masih maintan solid.
pakcik mintak sedekah pun masih ade.tapi ari tu ari yg kurang bijak utk die mintak derma pasal sorang kawan gua ni tengah panas.maybe ptptn die sangkut.x pn die panas sebab masa tu memang tengah musim panas dekat area bangi.

gua nampak pakcik mintak sedekah sebelah kaki tengah datang kat meja kitorang.gua da standby rm1 sebab ari tu gua rasa ikhlas nak bersedekah.
"nak mintak derma skit nak, pakcik nk beli kaki palsu"......ayat die masih maintain same dari dulu.
elok gua nak hulur rm1 kat pakcik tu.tibe-tibe kawan gua sorang ni tempik,
"pakcik saya da dekat 4 tahun makan kat sini.dekat 4 tahun gak la saya duk derma kat pakcik.mahal sangat ke kaki palsu pakcik tu?carbon fiber ke?".
orang kat anugerah ramai gak yg pandang kat table kitorang.
........pakcik tadi slow-slow moonwalk sebelah kaki pegi try luck kat meja sebelah plak.gua pulak pura-pura lap mulut pakai rm1 yg gua da standby tadi.

Team baju biru samsung?

Brader meja sebelah ni memang fan chelsea sejati.
"ko tengok game chelsea pagi tadi?"tanya brader baju kotak-kotak
"ahh chelsea tengah kat bawah sekarang malas la aku nak tengok, aku ingat nk sokong city la season ni"jawab brader pakai tie biru, selambe.

Wednesday

Cepat kaya?

kehkeh lepak 2 jam kat mamak dengan kawan2 gua da dapat 2 follower baru twitter.gua rase bende twitter ni kalo gua buat secara serius, bole buat berniaga stail MLM tipu duit orang melayu.tapi disiplin nak kena jaga la.ac mizal mane ac mizal? gua nk mintak tips skit.

jiran

makcik sebelah umah gua sorang ni memang penentang kerajaan sejati.ceramah politik kat negeri sebelah slambe je die pegi.
balik keje duk umah salin uniform terus pakai baju ade logo pembangkang.
bile tengok buletin utama die marah-marah.tipu sume ni kate die.paper pun x beli yg arus perdana kecuali harian metro.
bile nampak gua keluar rumah pagi2 nk amik paper, nanti die sound gua, "x payah nak bace la berita harian tu.tipu semuanya".
gua cuma senyum balik je pasal gua nak bace berita sukan je.xkan sukan pun berita harian nak tipu.

gambar die dengan DSAI sikit punye cantik die frame gantung kat ruang tamu, gamba anak die konvo letak kat dapur je tepi peti ais.
tapi bile hujung tahun kerajaan bagi bonus, die yg seronok lebih.gampang.
da la anak lu study dulu pun amik loan ptptn.

Makwe mcd

OK semalam lepas bangun tdo, tekak gua rase nk makan mcd.gua start enjin kereta, xyah mandi.gosok gigi pun ala kadar je, terus carik drive thru paling dekat tapi panjang lak queue die mcm org nk bayar tol mase balik raya.xpe gua sabar.bukan ade bende nk buat pn ari ni.gua pasang radio layan lagu wonder girl bagi sejuk skit jiwa.

ok lg 4 kereta gua punya turn.gua dah decide nk mkn ape.dalam otak da standy, "bagi saya set bigmac large air coke ais kurang dgn sundae cokelat".gua ulang 2 3 kali dalam kepala.nk order kene nampak konfiden
dan gagah.

tibe-tibe ade satu makwe mcd keluar dari pintu belakang mcd lalu depan kete gua.die siap senyum pandang gua.
gua senyum balik.bole tahan gak makwe mcd ni.solid macam doublecisbeger kat dalam menu ni.

pinnnn!!kete belakang hon gua, shit kete depan da clear rupanya.gua kelam kabut angkat tangan kat keta belakang.pasal makan ni manusia memang bole bertukar jadi garang.
gua cepat2 tekan minyak pegi kat mesin ade skrin dan suara manusia tu nk order.
"ye cik, bole saya amik order"tanya suara dalam mesin ade skrin tu.
"emm makan sini ye, bagi saya set bigmac large air coke ais kurang dgn sundae cokelat"kata gua dalam satu nafas dengan penuh yakin.
tibe2 sunyi..pastu gua dengar orang dlm mesin tu tgh gelak2 tp cover2.
"emm bang sini drive thru bang,takeaway je.kalo nak makan sini, masuk la dalam"orang dalam mesin ade skrin tu cakap sambil tahan gelak.
gua pelan2 naik kan cermin.signal kiri tekan minyak pelan-pelan jalan keluar dari barisan.

makwe mcd dengan hon kete belakang tadi sudah bikin gua kucar kacir.sialan.nasib kete gua tinted gelap.
sekarang kalo gua nk pegi mcd tu lagi, kete sape gua nk pinjam?

Iklan

ok kalo lu nk berniaga mesti lu nk wat iklan kasi promote lu punye kedai atau barang lu jual kan?
ok tu gua x kisah
lu nk buat iklan merapu-rapu kat tv pakai pelakon murahan?
itu pn gua x kisah.at least kasi can kat orang yg kemaruk nk masuk tv
lu nk buat banner besar-besar gantung kat tepi simpang sampai orang nk masuk simpang pun susah?
xpe itu pn gua x berapa nk kisah
lu nk print kertas pastu selit kat bawah wiper kereta?ok itu gua kisah
lu tau x kalo hujan lebat kertas tu jadi lembap dan melekat kat cermin kereta?
gua park kat tempat gelap pastu hujan tgh lebat ni.sekarang bile gua jalan gua pasang wiper kertas tu da bersepai-sepai kat cermin kete gua.
sape nk jawab ni?celaka punya promosi kedai mkn fong.

Hello dunia

Patutnye gua da lame tulis blog.tp memandangkan sifat azali gua yg agak pemalu,dan kehendak kerja gua yg agak busy, gua peram je ape yg gua da tulis kat dalam laptop.siap buat hidden files lg.Satu folder dgn maria ozawa dan mikes apartment.

Tapi sempena tahun baru ni gua nk berenti tipu diri sendiri, kerja gua haram x busy langsung pun sebenarnye
dan gua pun bukannye pemalu sangat macam yg gua sangkakan. maka lepas ni jage baik.memang gua merapu tanpa henti.