Thursday

ambil

sejak gua kecik lagi, mak gua da ajar gua konsep, "kalo orang punya, kita jangan ambil".dosa.memang gua guna pakai konsep ni.gua memang jenis yang dengar cakap mak.jadi bila gua masuk darjah 1, gua duduk belah belakang dalam kelas.sebab gua rasa gua jahat.jahat selalu mesti kat belakang.cikgu gua masuk kelas.nama dia cikgu fauziah.soalan pertama cikgu fauziah "kamu semua da besar nak jadi apa?".hmmm gua diam.ok gua rasa da besar nanti gua nak jadi doktor.cikgu fauziah mula tanya dengan budak meja pertama."kamu da besar nak jadi apa?" "saya nak jadi polis cikgu" kata budak pakai spek meja pertama."ok kamu pula?"tanya cikgu fauziah ke budak meja kedua."saya mau jadi tauke cikgu.macam saya punya bapak" kata budak cina meja kedua sambil minum air mineral.
masuk meja ketiga, gua jadi marah.sebab budak meja ketiga nak jadi doktor jugak.ahh sudah.mak gua cakap kalo orang punya kita jangan ambil.mamat meja ketiga ni da cop nak jadi doktor.mana bole gua rampas cita-cita dia.gua gabra.ape gua nak jadi ni.ok askar macam best jugak fikir gua.sebab masa tu gua memang hari-hari layan cite p ramlee sarjan hassan.sampai turn kawan sebelah gua.cikgu fauziah tanya "kamu nak jadi apa?" "saya nak jadi askar cikgu" kata budak sebelah gua.celaka.macam tu je dia backstab gua."ok kamu?"cikgu fauziah tanya sambil memandang tepat kearah gua.gua gabra.gua bengang pasal kawan sebelah gua backstab gua.gua tak bole pilih cita-cita dia.nanti mak gua marah."saya nak jadi komunis cikgu" jawab gua yakin sambil memandang tepat kat kawan sebelah gua.

Sunday

teori matematik

Gua dengar cerita malam tadi ahli matematik seluruh dunia telah bersidang di eropah.yang mana tak sempat datang kene guna skype dan ym video call.ramai gak ahli matematik cawangan asia yang kelam kabut mencari webcam, cuba beli tiket kapal terbang last minit.bagus betul semangat ahli matematik ni.tepat jam 8 malam semua pakar ni bersidang.dalam 90 minit lepas tu, kata sepakat berjaya dicapai.teori baru yang sebelum ini hanya teori,ternyata terbukti.mereka melompat gembira sambil bertepuk tangan kerana berjaya membuktikan yang kekuatan blackburn adalah separuh dari kekuatan manutd.manakala kekuatan arsenal pula akan jadi suku bila bertemu blackburn.hahahaha

ketagih

gua punya masalah ketagihan semakin kronik.sebab tu gua tak dapat update blog sebab gua sibuk menagih.sehari kalo tak kena sekali gua akan jadi tak keruan.gua akan mula selongkar dapur, peti sejuk, bawah katil carik.teruk betul ketagihan gua dengan coke sekarang ni.ohh coke ni bukan cocain.tapi gua ketagih coke coca cola.setelah mendapat nasihat dari pakar, kini gua ubah tabiat ketagihan gua tu.gua mula minum air suam pulak.dengan harapan lepas ni gua dapat ketagih air suam pulak.lagipun air suam bole dapat dimana-mana dan kos pun rendah.go gua.