Tuesday

Saturday

Lupa

Baru-baru ni gua pergi menonton konsert arch enemy.ya arch enemy berjaya datang malaysia.mungkin para penyokong pas tak tahu pasal ni atau dorang memang tak peduli sebab mereka lebih risaukan bersih 3.0 ataupun ptptn.itu gua tak pasti.

Gua ke konsert, dengan tshirt nipis tetapi tidak seksi bewarna hitam, seluar jeans hitam koyak dilutut dan sedikit reput di bahagian poket belakang, stokin dan kasut converse hitam bertali putih tapi tali dia da jadi hitam sikit sebab kawan gua pijak.celaka kawan gua. 

Masa sampai ke lokasi konsert, gua rasa pakaian gua menepati ciri seorang metalhead. nampak seperti seorang pemetal yang true.lagipun gua tengok 80% orang kat situ pakaian sama macam gua.cuma ada la segelintir yang cuba pakai baju kaler kuning dan jersey liverpool. kan da dipukul masa didalam mosh pit.padan muka.suka sangat menentang arus.

Lepas habis konsert, gua baru perasan ada benda tak kena.gua check balik.baju ok, seluar ok, rambut sangat la ok, kasut not bad.



Rupanya gua lupa pakai deodorant.maaf.




                                         
         

Tuesday

Demo

Pendidikan percuma?yes gua memang sokong.gua sendiri pun memang ada masalah dengan PTPTN.pasal PTPTN gua tak dapat pegi oversea.gua bayar.tapi PTPTN bijak.gua ada 2 akaun.foundation dan degree.PTPTN asingkan akaun gua.kira selama ni gua bayar 1 akaun, 1 akaun lagi gua abaikan.sebab itu gua tak dapat pegi oversea.terima kasih PTPTN.

tapi gua bukan nak cerita pasal gua tak dapat pegi oversea.gua nak cerita pasal pendidikan percuma.gua sokong. Dulu masa gua dekat uniten,yuran memang mahal macam khinzir.tapi  PTPTN gua mewah.satu sem ada beribu-ribu ringgit untuk buat belanja lepas tolak duit yuran, duit sewa rumah, masih ada extra untuk gua belanja.ya gua guna duit lebih tu buat belanja.jadi kalo pendidikan jadi percuma, maka duit belanja gua secara logik akan jadi lebih banyak.lebih banyak dari beribu-ribu yang gua dapat dulu.pendidikan percuma.gua sokong.

Tapi fikir balik.PTPTN kasi gua duit lebih untuk gua belanja lepas dia bayar yuran gua semua.gua survive dekat uniten setiap semester dengan duit extra yang PTPTN kasi kat gua.kalau pendidikan percuma, PTPTN pun tak patut ada la.tak kan nak buat satu body semata-mata nak bagi duit belanja dekat student?bodoh namanya tu.jadi kalau la pendidikan percuma, takde PTPTN, student nak belanja guna apa?Gua bukan dari family senang.masa gua belajar dulu duit belanja sama macam beras.barang yang harus dicatu.dapat PTPTN baru belanja.dapat PTPTN baru semua jadi mewah.makan nasi ada lauk dan air pun ada warna dan rasa.bukan gua sorang.kawan-kawan gua pun sama.tunggu PTPTN baru hidup macam manusia normal.baru merasa makan mcdonald.baru mewah.

Kalau takde PTPTN, student yang dari family susah nak survive macam mana?nak makan macam mana?kalau duduk luar kampus nak bayar sewa rumah macam mana?ada lu orang fikir?

Itu gua yang dekat IPTS.student IPTA yang yuran murah tapi masih apply PTPTN? duit extra tu lu orang guna buat apa?belanja kan?tanggung belanja lu orang untuk hidup, belanja makwe, tengok wayang, isi minyak kan?sama je macam gua.kalau takde PTPTN dulu mungkin gua tak de makwe sekarang.tapi kalau takde PTPTN, lu orang nak belanja makwe pakai duit apa?mintak mak bapak?kalau makwe ajak makan secret recipe macam mana?ada lu orang fikir?

Gua tengok berita, student demo mintak PTPTN mansuh. tapi masa berdemo ada dia fikir orang-orang macam gua ni?yang survive hidup belajar 5 tahun dengan duit PTPTN?ada?kalau lu orang tak rasa nak guna PTPTN tu, yang gatal pegi apply kenapa?bila da habis belajar, da kerja, bole beli kereta, apply personal loan yang interest sampai 8%, credit card lagi, takpe pulak?PTPTN membebankan lu orang cakap, dah tu yang gaji baru 2000 sebulan gatal nak beli proton inspira sapa suruh?bangang macam baloteli.

Friday

metal

Sebagai seorang yang berambut panjang, secara automatik gua patut menggemari muzik rock.ye.gua memang suke rock.beberapa tahun ni gua lebih cenderung ke metal pulak.kalau kat dalam kereta, gua akan full blast lagu metal kegemaran sambil pura-pura sing along.walaupun jujurnya gua jarang paham lagu tu pasal ape pun.

GF gua pulak kurang berkenan dengan pilihan muzik gua ni.jadi sebagai seorang teman lelaki yang budiman, gua standby jugak satu pendrive extra untuk die.gua masuk kan lagu-lagu yang gua saspek die suke.selalunya adik gua akan jadi mangsa gua untuk mengcopy lagu-lagu hit mtv terkini.gua copy untuk GF gua.

tadi gua lepak mamak.sembang dengan seorang lagi kawan gua yang jugak metalhead.berapi-rapi kami bersembang.pukul 7 die mintak tolong gua hantar balik.malas nak menapak katanya.gua ok.sebab rumah kitorang pun bukan jauh mana.jalan pegi kereta.gua bukak pintu.die pun bukak pintu.gua start enjin.gua on radio.keluar lagu justin bieber.gua drive balik tanpa bersuara mahupun memandang penumpang sebelah.

Thursday

Empat kosong

Dulu zaman jepun jajah malaya, gua dengar cerita ramai je anak melayu yang jadi tali barut.supply maklumat kat tentera jepun.nanti tentera jepun kasi la balasan balik.dapat makanan ke, rumah tak kene bakar ke, rumah bole ade radio ke.itu dulu la.zaman jepun jajah malaya dulu.
tadi game malaysia lawan jepun, gua syak aktiviti tali barut ni masih ade lagi.kalo lepas ni ade player malaysia dapat kereta baru honda ke suzuki ke toyota ke, mohon SPRM siasat sikit.kalo panggil fakry tu kasi insiden terjatuh banggunan lagi sekali pun takpe.rakyat bersetuju.

Wednesday

kerja

Sejak december tahun lepas sampai sekarang, gua disisihkan.boss gua letak gua shift malam.semenjak itu jugak la gua kalo keluar break tak pernah nye ngam 1 jam.selalunye dalam lingkungan 2 jam setengah.dah name pun keje malam, mane nye penah nak ade keje.jadi gua terpaksa la luangkan masa gua diluar ofis dengan aktiviti berfaedah seperti lepak mamak dan memikirkan masalah politik negara.memang rumit aktiviti gua ni.tapi minggu lepas, gua syak boss gua da mula tanam rasa benci kat gua.die letak cctv dekat area team gua duduk.camera tu pulak tepat aim kat tempat duduk gua.celaka.kawan gua cakap kamera tu sebenarnye nampak semua orang kat team gua.bukan aim kat gua sorang je pun.tapi sebagai seorang pesalah yang kuat mengular, gua tetap tuduh boss gua nak sabotaj aktiviti melepak gua.masa gua pun lagi banyak dihabiskan kat dalam ofis.ape jadi dengan politik malaysia pun gua da tak tau.tau-tau je baru ni rosmah da dapat PHD.ni semua salah boss gua la ni.

Thursday

Ofis

HQ ofis gua da pindah dari Fort Washington ke Singapore.jadi boss gua ni memang rajin turun naik singapore.bila boss gua takda, team gua jadi pesta.masing-masing on laptop, on desktop serentak.satu untuk movie.satu untuk facebook.memang aktif team gua ni.cekap.satu hari kalo buat betul-betul, bole complete sume trilogi lord of the ring.itu bab movie, bab makan lagi la pesta.bila boss takde, team gua akan order apa-apa makanan yang bole dihantar keofis sebab malas nak keluar.kalo keluar nanti buang masa.baik order in bole lepak habiskan movie.power betul pegangan hidup gua dan teammate gua kat sini.memang cekap.tapi hari ni, boss gua da balik.jangan cakap facebook, laptop pun masing-masing malas nak on.tapi bila lunch semua keluar.balik ofis lepas lunch pun sebab tak nak nampak biadap da keluar lebih 2 jam.