Thursday

Ofis

HQ ofis gua da pindah dari Fort Washington ke Singapore.jadi boss gua ni memang rajin turun naik singapore.bila boss gua takda, team gua jadi pesta.masing-masing on laptop, on desktop serentak.satu untuk movie.satu untuk facebook.memang aktif team gua ni.cekap.satu hari kalo buat betul-betul, bole complete sume trilogi lord of the ring.itu bab movie, bab makan lagi la pesta.bila boss takde, team gua akan order apa-apa makanan yang bole dihantar keofis sebab malas nak keluar.kalo keluar nanti buang masa.baik order in bole lepak habiskan movie.power betul pegangan hidup gua dan teammate gua kat sini.memang cekap.tapi hari ni, boss gua da balik.jangan cakap facebook, laptop pun masing-masing malas nak on.tapi bila lunch semua keluar.balik ofis lepas lunch pun sebab tak nak nampak biadap da keluar lebih 2 jam.

jersey

baru baru ni sempena black friday, gua ada beli jersey online dari utd direct.sebabgai peminat yang tulen, gua memang membeli jersey juga yang tulen kerana gua percaya, duit gua beli jersey tu la sir alex guna belanja budak-budak man u pegi lepak mamak minum teh sambil borak pasal politik dan artis tempatan UK. takpa. lagipun masa black friday aritu ada sale so gua pun order.selalu gua beli jersey mesti gua akan order badge sekali.tak kira la badge EPL ke badge UCL ke, tapi jersey gua wajib ada badge.tapi entah kenapa, kali ni gua beli, gua lupa nak include kan badge. masa da dapat jersey baru gua perasan.demm.kecewa gua.

rupanya ada hikmah gua lupa beli badge tu.kalau la ari tu gua beli jersey dengan badge UCL, hari ni mesti gua tengah cari mata pisau cukur nak cabut balik badge tu dan gantikan dengan badge europa.celaka punya man u.main bola macam fakri.