Tuesday

Harimau malaya

Hari ahad ari tu gua borak pasal harimau malaya lawan singapura.memang seram game tu.gua sebagai rakyat malaysia tulen memang bersemangat kalo ada pertempuran derby macam ni.kawan gua nama jon yang tak tengok bola pun turut sama terjebak sebab beliau juga seorang rakyat malaysia tulen.rakyat yang akan bersorak untuk harimau malaya.cuma jon ni tak tengok bola.jadi banyak benda dia tak tau.dia cakap kat gua "bengang tul aku tengok singapore dapat 2 penalti semalam".gua diam.gua cuba analisis balik game tu dalam kepala gua.bila pulak singapore dapat penalti semalam?. "mana ada penalti semalam jon.ko biar betul"gua tanya kat jon untuk mendapat kepastian.mana tau dia salah tengok game ke."ala ade la.yang 2 goal dia penalti tu ape.penalti kat luar kotak tu" jawab jon penuh yakin."itu free kick la lahanat" jawab gua didalam hati.

Puasa

Tahun ni gua berazam baru sempena bulan puasa.lu salah.gua bukan berazam nak berpuasa penuh.salah tu.tapi gua akan cuba untuk menepis anasir-anasir luar yang bole mempengaruhi jumlah hari puasa gua.gua cuba.walaupun setan semuanya diikat nanti, tapi kawan-kawan gua masih bebas berkeliaran.umpanan coke ais ade air sejuk menitis ditepi gelas memang selalu menggugat gua.nak pulak kalo ade orang da siap tapaukan nasi mamak kuah lebih,ayam goreng dengan sayur sikit.fuhh.lain macam sedap dia kalo makan time puasa.ooh lupa.azam gua tadi.sempena puasa tahun ni, gua berazam nak kurangkan tido ketika bulan puasa.Gua akan cuba menjadi seorang pemuasa berkaliber tahun ni.gudluck kat gua.

Sunday

Ori?

Tadi gua terserempak dengan satu brader ni.dia dressing macam pengkid.tapi gua yakin dia jantan ori sebab masa gua jeling gua nampak dia ada halkum.apa dressing macam pengkid tengah in ke sekarang ni?Ke halkum add-on memang da ade jual sekarang?

Wednesday

Kecewa

Hari ni gua da kecewakan boss gua.kecewa yg gua rasa susah gua nak tebus balik.gua dapat rasa boss gua da hilang kepercayaan kat gua.haa smpai mcm tu level kecewa boss gua dengan gua hari ni.
Sume salah kawan gua.dia ajak gua turun teman dia hisap rokok.gua akur.lagi pun gua bukan ada kerja sangat.jadi baik gua mengisi masa lapang gua dengan menemani rakan sekerja merokok.masa gua nak turun tu gua selisih dengan boss gua. "are you going downstairs"tanya boss gua dengan english accent yg dibuat-buat."yes boss" jawab gua.padat nak menjawab soalan."can you grab me a can of nescafe latte.will pay you later"pinta boss gua dengan muka penuh mengharap."sure boss.no problem."gua jawab sambil tersenyum.
Turun bawah.borak-borak.kutuk kerajaan.kutuk pembangkang.tengok gambar wardina muda-muda.gua pegi 7e gua terbeli nescafe mocca.gua tak perasan.masa gua bagi kat boss gua muka dia lain sikit.baru gua perasan gua salah beli.gua tau dia kecewa.sebab muka dia macam beruk masa dia minum nescafe mocca tadi.tak biasa minum kata dia.