Monday

rambut

Gua rasa last gua trim rambut ialah tahun lepas.sekarang rambut gua da serabai macam maya karin versi pontianak.jadi selepas berbincang dengan pihak keluarga dan teman wanita gua, gua bercadang nak trim rambut sempena raya tahun ni.rambut raya orang cakap.masih mengekalkan tema rambut panjang, tapi mungkin gua nak trim ala-ala urban sikit.baru bole diterima masyarakat semasa.tapi baru-baru ni ada kabar angin kencang mengatakan band heavy metal terhebat alam semesta, metallica akan menjejakkan kaki ke kuala lumpur.terus gua cancel trim rambut.gua rela kelihatan seperti kutu dihari raya dari kelihatan kemas di konsert metallica.ehh berpantun pantun pula.tapi kalo metallica tak jadi datang, mungkin gua akan potong terus rambut gua.mungkin gua akan memilih fesyen justin bieber sebagai tanda protes.

2 comments:

  1. potonglah zahrul james hetfield pun rambut pendek apa haha

    ReplyDelete
  2. james hetfield sebenarnya rambut dia da taknah tumbuh.pengaruh alkohol berlebihan dimasa muda mungkin.

    ReplyDelete