Monday

8-2

Gua tengok kawan-kawan gua yang sokong arsenal akan kurang twit kalau arsenal kalah.nak pulak macam tadi.arsenal kena ratah 8-2 dengan man u.langung sunyi.takda twit langsung.pegi tarawih malam akhir mungkin.tapi dorang akan banyak twit kalo man u kalah.ke dorang ni penyokong man u dalam diam?macam penyokong PR tapi pangkah BN jugak masa pilihan raya?hahaha

Wednesday

Tiket

mak gua pesan kalo baru dapat lesen kereta, belum cukup komfiden, jangan berani drive pegi KL.bahaya.perkara buruk dan aneh pasti berlaku.3 orang manusia ni baru dapat lesen.sticker P kat kereta tu pun masih merah menyala lagi.kalo yang da lama dia mesti pudar sikit.mereka bertiga mempunyai matlamat yang sama pada hari itu; lepak Sungai Wang lepas tu pegi makan nasi ayam.maka 3 orang sahabat ini pun bertolak.memang banyak cabaran.pertama kali drive sendiri masuk KL.kene hon.salah lane.termissed simpang.kene marah dengan driver teksi.hampir terlanggar pejalan kaki.akhirnya setelah berjaya menempuhi cabaran tu semua, 3 orang sahabat ni pun sampai ke pintu masuk parking sungai wang plaza.sambil menarik nafas lega, sahabat A selaku pemandu pun menurunkan tingkap untuk mengambil tiket.slow-slow dia keluarkan tangan.ada 2 butang.satu butang takde tulis ape-ape.lagi satu tulis intercom.sahabat A dengan penuh rasa komfiden tekan butang intercom."tiket please" kata sahabat A dengan penuh yakin.sekian.


*****
nama watak terpaksa dirahsiakan sebab masa benda ni berlaku gua takde pun ditempat kejadian dan 3 orang sahabat tersebut telah bersumpah tidak akan menceritakan perkara ini kepada sesiapa pun.tetapi sahabat C telah tercerita dekat gua.harus la gua kongsi.hahaha
*****

Monday

rambut

Gua rasa last gua trim rambut ialah tahun lepas.sekarang rambut gua da serabai macam maya karin versi pontianak.jadi selepas berbincang dengan pihak keluarga dan teman wanita gua, gua bercadang nak trim rambut sempena raya tahun ni.rambut raya orang cakap.masih mengekalkan tema rambut panjang, tapi mungkin gua nak trim ala-ala urban sikit.baru bole diterima masyarakat semasa.tapi baru-baru ni ada kabar angin kencang mengatakan band heavy metal terhebat alam semesta, metallica akan menjejakkan kaki ke kuala lumpur.terus gua cancel trim rambut.gua rela kelihatan seperti kutu dihari raya dari kelihatan kemas di konsert metallica.ehh berpantun pantun pula.tapi kalo metallica tak jadi datang, mungkin gua akan potong terus rambut gua.mungkin gua akan memilih fesyen justin bieber sebagai tanda protes.

Tuesday

restoran

Gua rasa gua ni simple.gua lagi selesa lepak kat mamak tak pun kat kedai tomyam yang laid back.order air sampai tujuh gelas pun, tujuh-tujuh gelas ada lagi atas meja.bila orang lalu lalang, automatik dia akan tunduk hormat sebab tengok betapa superior gua dengan kawan-kawan gua bole lepak sampai penuh meja dengan air.mudah.tak komplikated macam kat restoran.baru abis minum dia da datang nak refill la nak angkat gelas la.gua nak main kunyah-kunyah ais pun tak sempat.nak duduk kat meja pun kena ada orang escort.pilihan meja lu terhad.kena mengikut arahan tukang escort.celaka.lagi satu gua tak berapa suka lepak kat restoran mahal-mahal ni sebab gua akan jadi tak keruan.mata gua akan sentiasa memerhatikan orang sekeliling.sampai gua rasa orang kat situ pun perasan gua asik pandang dorang.bukan apa, gua selalu tunggu mana tau ada scene awek makan tak reti pakai pisau ke garfu ke abis ayam dia terpelanting ke meja sebelah.ada laki bini gaduh ke lepas tu bini dia amik gelas curah air kat muka laki.gua nak tengok benda ni semua secara live.tapi haram sekali pun tak pernah jadi.celaka lu tv.gua punya la percaya kat lu selama ni.

6.47am

6.47.pagi.tekak gua gatal mintak teh ais.celaka.

Monday

lagu

semalam bapak gua ajak pegi terawih.gua layankan.gua ajak dia naik kereta gua.on the way pegi masjid gua pasang radio.lagu black tounge - yeah yeah yeahs.gua sing along.bapak gua pandang gua satu macam lepas tu geleng-geleng kepala.gua tanya "kenapa daddy?"
"lu ni, da nak masuk 2 minggu puasa.layan la lagu raya pulak.semangat juang nak raya tak kuat langsung" bapak gua sound gua.terus gua tutup radio.perjalanan ke masjid kami senyap.silent treatment kat bapak gua.

Tuesday

karipap

Petang semalam gua pergi bazar ramadhan.memang mencabar minda betul bazar ramadhan sekarang ni.setiap penjuru penuh gerai.sampai nak jalan pun susah.jadi gua kena menggunakan strategi untuk menyelit dan mencelah dengan betul.2 3 kali gak la gua hampir terlanggar akak-akak keje gomen, tapi gua berjaya elak tanpa bersentuh kulit dan membatalkan air sembahyang.ok gua tipu.ade gak la gua langgar.bukan sengaja.tapi tak dapat dielakkan.ok gua bukan nak cerita pasal akak gomen sebenarnye.gua nak cerita pasal karipap.gerai karipap ni kalo gua pegi lambat gua tengok orang beratur panjang sampai da termasuk barisan gerai sebelah.kesian makcik kedai sebelah sebab ingat orang beratur nak beli air tebu dia, rupanya orang beratur untuk beli karipap.kasihan makcik tebu.jadi gua yang mudah ditipu dengan hype sebegini pun beratur jugak.gua beli karipap 3 ringgit dapat la dalam 8 biji.cukup la untuk gua,adik-adik gua dan ibu bapa gua makan masa berbuka nanti gua fikir.masa berbuka tadi gua nyaris-nyaris membaling karipap tadi.saiz dia besar sikit je dari buah kurma.celaka.bulan puasa pun nak berniaga macam yahudi.penat tau tak gua beratur.gua kena makan 4 karipap dia untuk mendapatkan saiz karipap normal.tak kan esok gua nak kena beli karipap sampai 7 ringgit kot?

Monday

panik

Umur gua da 26 tahun.da ada pekerjaan tetap dan sudah mampu memiliki kenderaan sendiri.tapi tiap kali kalo mak gua tanya satu soalan ni,automatik gua kan panik.gua jadi cuak nak jawab.gua tak berani nak buat keputusan.gua biasanya akan diam dan mak gua pulak akan hampa dan meninggalkan gua.tadi lepas hampir setahun, mak gua tanya lagi."esok buka puasa 1st day nak makan nasi tomato ke nasi beriani?mak nak pegi beli barang ni".gua diam.tak bole decide.panik.dua-dua sedap tu dibuat berbuka hari pertama sambil minum air cincau.